Pages

Monday, September 7, 2009

Perkembangan Emosi

Daripada undian yang dijalankan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kg Tunku menunjukkan 2 ibu setuju bahawa perkembangan emosi berkait rapat dengan penyusuan susu ibu berbanding seorang yang tidak setuju.

Banyak kajian dijalankan menunjukkan kepentingan hubungan erat anak dan ibu terutamanya pada peringkat awal kelahiran (at birth) yamg menyebabkan pembebasan hormone oksitosin ( hormone sayang) pada ibu yang mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ini menyumbang kepada pengurangan kadar pembuangan/penyisihan anak oleh ibu. Selain daripada itu, kurang hormone stres dirembeskan dalam tubuh bayi mengurangkan tangisan dan bayi menjadi lebih tenang.
Kajian yang dijalankan oleh Raine, et al (cited in Odent 1999)6 menujukkan kebanyakan kes keganasann yang berlaku pada remaja berumur 18 tahun ada kaitan dengan komplikasi kelahiran dan perpisahan antara ibu dan bayi yang berlaku pada awal usia bayi.

Kangaroo MotherCare bagi bayi pramatang terbukti menunjukkan keputusan ibu menjadi lebih sensitif terhadap keperluan bayi dan menunjukkan keputusan markah yang tinggi pada Indeks perkembangan mental Bayley dan Indeks perkembangan psychomotor.(BE06)
Kajian juga menunjukkan bahawa bayi yang dibenarkan ‘wean’ sendiri adalah lebih yakin dan berani .

No comments:

Post a Comment