Pages

Saturday, March 21, 2009

Susu Ibu Dan Kanser

Alfa-lactalbumin yang terdapat dalam susu ibu menyebabkan terbentuknya kompleks HAMLET (human alfa-lactalbumin made lethal to tumour cells) apabila berjumpa dengan cell kanser menyebabkan sel kanser mati. Kejadian kanser leukimia dan limfoma lebih kerap dijumpai di kalangan kanak-kanak yang menyusu susu gantian berbanding susu ibu dan risiko ibu yang menyusukan anak untuk mendapat kanser payudara semasa premenopause adalah rendah.(Health-e-learning)

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?

1.Motivasi tinggi

2.sokongan moral yang kukuh dr ahli keluarga dan masyarakat

3.kerap menyusukan anak, perah susu di antara waktu menyusukan. Perah susu sekerap mungkin dan beri anak guna cawan. Your breast need the stimulation of breast removal to make more milk. The more she removes from the breast, the more u will make. Feed her/him before meal, bila dia tgh lapar. Elakkan penggunaan bool susu.

4.pengambilan nutrisi yang seimbang.

5.Pastikan pelekapan dan posisi anak yang betul.Teknk hisapan yang betul. Pastikan mulut bayi menutupi keseluruhan tompok hitam.(There was 1 case where by the lady gave her baby breastmilk for a complete two years by expressing the milk only).

6.Selalu belai anak anda. Jadikan payudara sebagai'pacifier'.

7.Urut payudara sebelum menyusukan anak untuk merangsang 'let down reflex'.

8.Kena sentiasa tenang. (Do not stress up your self. Stress has been shown to affect the let down reflex.. This is thought that adrenaline restricts size of blood vessels carrying oxytocin the breast.)

9.Elakkan pengambilan pil perancang terutamanya yang berasaskan hormon estrogen kerana mengurangkan penghasilan susu.

Tumbesaran Otak

Tumbesaran 80% otak berlaku semasa anak berumur di bawah 2 tahun. Ia memerlukan laktos yang tinggi. Kandungan laktos yang tinggi hanya boleh didapati daripada susu ibu

harga diri (self esteem)

Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai harga diri yang tinggi dan lebih yakin (breastfeedingyour child.org)

Fakta mengenai susu ibu

Bayi yang disusui dengan susu formula memperolehi 30000 lebih kalori daripada bayi yang disusui susu ibu semasa berumur 8 bulan. Ini bersamaan dengan 120 keping coklat!(Infact Canada)

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengurangkan risiko penyakit cirit-birit dan serangan alahan.

Friday, March 20, 2009

Susu Ibu Dalam Al-Quran


233. Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.